Pada 11 Jun 2017, aku terpaksa menghantar anakku ke asramanya setelah dua minggu cuti sekolah. Nampak muka Idzham tak berapa ceria untuk kembali ke asrama pada hari itu, apabila aku bersiap-siap untuk menghantarnya. Biasalah dah seronok duduk rumah dengan adiknya dan semestinya games di HP pun tak lekang-lekang di tangan mereka.
Suamiku pula macam berminat juga hendak menghantar sekali anakku ke sana. Rupa-rupanya ada tersirat di sebalik tujuannya ke sana iaitu ingin pergi ke Jeti di Lukut untuk memamcing ikan. Kami bertolak jam 12.00 tengah hari. Sampai di Jeti Lukut jam 2.00 petang dan pada waktu itu air sedang surut. Walaupun begitu terdapat juga orang yang memancing di situ. Kebanyakan ikan gelama yang sangkut pada joran si pengail.
Memandangkan pada hari itu, bulan Ramadan kami hanya melihat sekitar di jeti tersebut. Suamiku mengajakku ke Tesco Port Dickson untuk membeli keperluan anakku sebelum menghantarnya ke asrama. Aku bersetuju kerana surau di sana pun agak selesa untuk solat zohor. Selepas menbeli keperluannya, kami pun menghantarnya ke asrama. Mukanya agak sedih tetapi terpaksa dikawal supaya tidak dilihat oleh ayahnya, takut diperlekehkan oleh ayahnya pula.
Seperti biasa sebelum berpisah dengannya, aku mencium pipinya supaya dia berasa tenang sepanjang dua minggu di sana kerana minggu depan tidak boleh pulang kerana ada hari persekolahan untuk menggantikan cuti pada hari Jumaat pada 23 Jun 2017 kerana hari raya puasa jatuh berkemungkinan pada 25 Jun 2017. Selepas pulang kami singgah semula ke Jeti Kuala Lukut tersebut.