2/5/2019 (Khamis)
Tiba-tiba suami bertanya kepadaku sama ada ingin bercuti pada 1 Mei ini, kerana pada hari itu adalah hari cuti umum iaitu hari pekerja. Memandangkan hari pekerja jatuh pada hari Rabu, bermakna jika aku duduk di rumah pun, anak-anak tiada di sisi kerana berada di asrama dan tidak balik ke rumah kerana cuti hanya satu hari sahaja. Suamiku ini sudah 4 bulan pencen dan kerap pergi ke lokasi memancing je...
Suami telah membuat pilihan yang lokasinya di Sayung Resort, Kuala Kangsar, Perak. Aku tahu sudah tentu dia memilih yang berdekatan dengan sungai, supaya dia dapat melakukan aktivitinya iaitu memancing, Hmmmm apa lagi itulah yang dia pilih pun...
Kebetulan pada 30/4/2019 merupakan Majlis Anugerah Perkhidmatan di tempat kerjaku. Suami pula telah mendapat surat kerana mendapat Anugerah Perkhidmatan kerana telah bertugas selama 37 tahun dan juga telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari yang sama. Apatah lagi sukalah dia disamping dapat RM1,000.00, pihak DBP juga memberikan sebanyak RM5,000.00 untuk menunaikan umrah. Alhamdulullah. syukur... Aku pula sedang berkira-kira untuk pencen pilihan pada hujung Disember 2019 ini, memandangkan badan pun bukan sihat sangat pun, tapi bila berada di pejabat lupa diri bila bekerja. Bila petang mulalah penat dan letih lesu bila berada di rumah.
Selepas habis majlis, aku mengambil bekerja setengah hari sahaja supaya dapat berangkat lebih awal. Itupun sudah pukul 1.00 petang baru aku keluar pejabat. Setibanya di sana, jam sudah 5.00 petang. Suamiku tidak daftar dulu di Sayung Resort tersebut, tetapi suamiku membawa kereta ke kawasan keliling sungai untuk melihat port mancing yang sesuai. Sepanjang kami melihat kawasan tersebut, tidak ternampak seorang kelibat pun yang memancing di sungai tersebut. Mungkin bukan tempat yang sesuai untuk memancing pujuk hati kecilku.
Akui meminta suamiku bertanya kepada budak-budak muda sekitar berumur 12 -15 tahun yang berlonggok di sungai tersebut. Tetapi semuanya menggeleng-gelengkan kepada tidak tahu. Mana nak tahu pun, jika mata dok asyik menengok gadjet masing-masing. Aduhai itulah budak-budak melayu akan datang....macam tiada wawasan.....Sayangnya bangsa anak melayuku...
Setelah dapat port yang akan kami kunjungi, kami pun mendaftarkan diri di Sayung Resort untuk check in. Apabila masuk sahaja bilik tersebut, rasa lapang dan tenang pula memandangkan saiznya yang besar dan selesa walaupun dengan harga bilik cuma RM105.00 sahaja.
Sayung Resort, Kuala Kangsar, Perak. |
Setelah dapat port yang akan kami kunjungi, kami pun mendaftarkan diri di Sayung Resort untuk check in. Apabila masuk sahaja bilik tersebut, rasa lapang dan tenang pula memandangkan saiznya yang besar dan selesa walaupun dengan harga bilik cuma RM105.00 sahaja.